Umum mengetahui Abby Abadi kini tidak lagi aktif dalam industri hiburan sejak membuat keputusan untuk berhijrah beberapa tahun lalu. Abby menerusi akaun Instagramnya sering berkongsi pendapat mengenai isu semasa dan hukumnya dalam agama Islam.
Terbaru, Abby didakwa dengki dan sengaja memerli pasangan FattZura apabila memuat naik beberapa video ceramah mengenai tarian poco-poco pada hari yang sama berlangsungnya persandingan FattZura buat peminat. Sesetengah peminat percaya video tersebut memang ditujukan buat pasangan popular itu.
Walaubagaimanapun, Abby nampaknya enggan ambil pusing dengan segala tuduhan yang dilemparkan dan hanya ingin memberikan tumpuan untuk mencari rezeki.