Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Peminat Teruja Lihat Neelofa Hadiahkan Seterika Bernilai RM13,000 Kepada Kakak, Noor Nabila

Nppr Nabila

Sering saja terpalit cerita-cerita sensasi, kali ini Neelofa sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila dia dikatakan telah memberi hadiah yang agak mewah dan canggih kepada kakaknya, Noor Nabila.

Noor NabilaSumber : Instagram Noor Nabila  

Difahamkan pelakon dan usahawan terkenal itu telah menghadiahkan Nabila dengan set seterika yang dianggarkan bernilai hampir RM13,000 seunit.

Advertisement
Laura StarSumber : Google  

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang pengguna media sosial di mana individu tersebut telah memuat naik tangkap layar Instagram Stories milik Nabila yang memaparkan dia mengucapkan terima kasih di atas pemberian alat elektrik mewah itu.

“Tengok Neelofa bagi kakak dia iron (seterika) ni macam best. Gigih google nak beli juga, sekali tengok harga dia mampu ber’huhu’ je”, tulis individu tersebut.

Advertisement

Berikutan itu, ramai netizen tampil memberikan reaksi pelbagai antaranya ada yang mempersoalkan kecanggihan serta fungsi sebenar seterika tersebut sehingga bernilai seperti itu.

Pemberian Neelofa itu difahamkan mempunyai kaitan dengan berita perpindahan Nabila ke kediaman baru tidak lama lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Terdahulu, menerusi saluran Youtube milik Nabila, dia ada memaklumkan akan berpindah rumah tidak lama lagi.

Sebelum ini, Neelofa pernah menjadi bualan netizen apabila pengacara program MeleTOP itu telah mewarnakan kuku jarinya dengan inai berwarna hitam sekaligus dilabel berhati hitam.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. anti mek klate

    March 3, 2021 at 6:09 pm

    kardashian kelantan buat apa hari ni?

    mcm biasa, famili ni tak boleh spotlight lari dr mereka.

  2. ncdl

    March 3, 2021 at 12:19 pm

    aku baru nk ckp, im sure lofa sll bg gift kt fmly. tp kalau hrga biasa2, akan post kt soc med tak? jadinya, motif upload post tu apa? nk ckp dpt hadiah? atau nk bg tau dpt hadiah mahal?

  3. brunes

    March 3, 2021 at 11:03 am

    patut lah mesti post ‘gift’ kat medsos, rupanya harga belasan ribu lol! apparently money cant buy you class

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama