Peminat Teruja Lihat Kebahagiaan Fattah & Amira Di Eropah Kini – “Nikmat Bercinta Selepas Nikah”

Hiburan

Peminat Teruja Lihat Kebahagiaan Fattah & Amira Di Eropah Kini – “Nikmat Bercinta Selepas Nikah”

Pasangan sensasi, Fattah Amin dan Amira Othman, terus mencuri perhatian apabila berkongsi momen indah bulan madu mereka di Eropah.

Sejak sah bergelar suami isteri pada 14 September lalu, setiap perkongsian pasangan ini nyata menjadi tumpuan ramai, lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat setia.

Advertisement

 

View on Threads

 

Menerusi beberapa rakaman live yang tersebar di media sosial, Amira dilihat mesra bergambar bersama Fattah di beberapa lokasi ikonik di Switzerland kini. Senyuman manis mereka jelas membuatkan peminat tersenyum sama, malah ada yang mengakui terbuai dengan keintiman pasangan baharu ini.

“Ambil sahaja lah bumi ini” tulis seorang pengguna media sosial.

Malah Fattah juga dilihat tidak lepas memanggil Amira dengan pelbagai panggilan manja seperti ‘sayang’ dan ‘b’ (baby) dalam beberapa keratan live itu.

Ada juga peminat yang mendoakan agar perkahwinan Fattah dan Amira kekal bahagia hingga ke syurga. Ramai menganggap hubungan mereka ibarat “love story” yang tidak dijangka, apatah lagi selepas ciapan lama Amira mengenai Fattah kembali tular sebelum ini.

Ternyata, bulan madu pasangan ini bukan sahaja menjadi memori indah buat mereka berdua, malah turut menghiburkan hati peminat yang mengikuti setiap perkembangan.

2025-09-17 14:04:35

Ciapan Lama Amira Othman Ucap Tahniah Buat Fattah Amin Kembali Tular - "Memang Dah Crush Lama La Ni"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...