Perkongsian penyampai radio dan juga usahawan, Linda Onn baru-baru ini telah membuatkan ramai ‘terkejut’ nampaknya.
Manakan tidak, usahawan nasi ayam itu menulis di status Instagram Story di mana dia dikatakan mencekik anak saudaranya akibat terlalu marah.
Terjadi sedikit pertengkaran dan Linda mencekik leher anak sedara sebab terlalu marah. Dia tak puas hati, bawa kes ke polis dan Linda kena turun naik mahkamah.
Orang sekeliling pujuk dia untuk tarik balik kes pun dia taknak, dia tetap teruskan. Takde belas kasihan langsung, padahal Linda yang jaga dia dari kecil.
Pastinya peminat tidak percaya jika Linda tergamak melakukan perkara seperti itu.
Rupa-rupanya, penyampai radio itu hanyalah bermimpi buruk semata-mata.
Masalahnya, kenapa kena mimpi macam gini, sebab nak tido lena pun tak senangn nak kena fikir turun naik mahkamah. Penat otak nak miki. Bangun pagi baru rasa lega.
Sekadar info, Linda Onn kini aktif mengusahkan perniagaan nasi ayam selain bergelar penyampai radio.
Dia juga pernah melibatkan diri dalam dunia lakonan seperti filem Cicak Man, Biar Betul, Soal Hati dan Gila Bola.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.