Peminat Terkejut Henry Golding Berlakon Watak Homoseksual, Ada Adegan Cium Mulut Sesama Lelaki

Hiburan

Peminat Terkejut Henry Golding Berlakon Watak Homoseksual, Ada Adegan Cium Mulut Sesama Lelaki

Hadir dengan filem baharu yang berjudul Monsoon, peminat pelakon kelahiran Malaysia itu rata-ratanya terkejut selepas tular trailer filem tersebut yang mempelihatkan Henry memegang watak lelaki homoseksual dan beradegan sensual sesama lelaki.

Peminat Terkejut Henry Golding Berlakon Watak Gay, Ada Adegan Cium Mulut Sesama Lelaki

Advertisement

Menerusi filem tersebut, wujud segelintir pihak bagai tidak menyangka bahawa pelakon kacak tersebut sanggup mengambil risiko melakonkan watak sedemikian.

Malah, ada juga yang tidak senang duduk seakan meluahkan kebimbangan terhadap hala tuju karier Henry apabila menerima tawaran watak tersebut.

Lebih mengejutkan, filem itu juga turut menyaksikan adegan panas Henry bertindak mencium dua pelakon lelaki filem tersebut, salah seorangnya ialah Parker Sawyers.

Peminat Terkejut Henry Golding Berlakon Watak Gay, Ada Adegan Cium Mulut Sesama Lelaki

Disoal mengenai peranannya dalam filem tersebut, Henry mendedahkan beliau pada mulanya agak ragu-ragu dalam menjayakan watak yang diberikan.

“Saya pernah menjadi penggaya rambut, jadi persekitaran bersama lelaki homoseksual tidak kekok bagi saya. Saya faham dan menghormati mereka.”

Filem Monsoon pertama kali ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Karlovy Vary pada Jun tahun lalu yang mencetuskan pelbagai pandangan umum.

Peminat Terkejut Henry Golding Berlakon Watak Gay, Ada Adegan Cium Mulut Sesama Lelaki

Monsoon yang diarahkan oleh Hong Khaou mengisahkan kehidupan Kit (Henry) yang kembali ke negara asalnya, Vietnam untuk mencari asal-usulnya. Malah ia juga telah mula ditayangkan di United Kingdom sejak 25 September lalu dan meraih rating yang membanggakan.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...