November 27th, 2017

Konsert minggu ke 5 Gegar Vaganza 2017 menyaksikan penyanyi Elyana Emrizal tersingkir. Sudah beberapa minggu juga Elyana tersenarai antara peserta yang berada pada kedudukan terbawah.

Namun, bukan itu yang menjadi perhatian ramai. Dalam ucapan terakhirnya, Elyana memberitahu beliau sebenarnya menghidap penyakit kanser tahap 4. Berita tersebut nyata membuatkan peminatnya merasa terkejut dan sebak.

Ruangan komen di Instagram Elyana dibanjiri dengan komen-komen agar penyanyi itu kekal bersemangat untuk melawan penyakitnya dan ada yang turut mendoakan kesejahteraan Elyana.

Sejujurnya, penulis juga terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Elyana. Harapnya beliau terus diberikan kesabaran dan ketabahan untuk melawan penyakitnya itu.


Comments are closed.

Loading...