Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Peminat Terhibur Cara Layanan Jururawat, Aedy Ashraf Fobia Jarum Rupanya!

Aedy Ashraf

Pelakon Aedy Ashraf tampil mencuri perhatian peminat apabila dia ada memuat naik sebuah video di laman Instagramnya yang memaparkan gelagatnya mendapatkan vaksin COVID-19, baru-baru ini.

Ujar Aedy, dia sebenarnya fobia kepada jarum suntikan namun tidak sekali-kali menjadi seorang antivaksin.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

Turut menarik perhatian, jururawat yang mengendalikan vaksin tersebut turut dipuji kerana pandai menenangkan Aedy yang kelihatan gementar ketika proses suntikan vaksin itu berlangsung.

“Sebab takut jarum je. Tapi yang penting aku dah tunaikan tanggungjawab aku. Kepada yang takut jarum juga tu aku faham perasaan korang, but don’t worry,  jarum dia pakai tu halus je geng, tak rasa pun..”

Manakala jururawat yang bertugas ada bertanyakan Aedy agar pelakon Budak Tebing itu lebih tenang dan tidak gemuruh ketika suntikan dilakukan.

View this post on Instagram

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

“Selain daripada berlakon, menyanyi pandai tak. Tau tak hari ni sebenarnya hari lapar, hari ni awak makan apa?” seloroh jururawat tersebut.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan pengikut media sosial Aedy memuji cara jururawat yang berjaya mengalihkan perhatian Aedy.

View this post on Instagram

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

Sekadar info, fobia dan mempunyai perasaan takut kepada jarum diistilahkan sebagai trypanophobia di mana seseorang itu cemas dan takut melampau apabila dikehendaki membuat sesuatu yang melibatkan penggunaan jarum.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. anonymous

    June 8, 2021 at 5:06 pm

    yg awak nak emosi tu apahal awak ini kera jaan kah,tak de kena mengena dgn awak pun

  2. Anonymous

    June 8, 2021 at 7:30 am

    Ko register tak utk bapak ko masa buka permohonan utk AstraZeneca? Jangan menghasut dan fitnah boleh tak? Main sembur tanpa bukti. Benci tukang hasut dan fitnah. Sayang bapak kenapa ko x usaha registerkan?

  3. Hampa

    June 7, 2021 at 10:45 pm

    Apasal bapak aku ni dah 60+ tak dipnggil pun tapi artis2 muda ni semua dah dapt cucuk…telus kah krajaan nih ???? mengecewakan

    • Anonymous

      June 8, 2021 at 9:17 am

      boleh pergi helpdesk kat mysejahtera > ada button untuk click kalau above 60+ tapi tak dapat appointment date lagi. saya buat untuk ayah terus dapat date. please try.

    • Hazeri

      June 10, 2021 at 10:59 am

      Kalau utk warga emas, cuba pergi di tempat vaksinansi pfizer fasa 2, biasa ada slot kosong.. my parent dan parent in law selamat dh vaksin.. harap membantu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top