“Peminat Tengok Dia Lembut, Baik, Tapi Kat Rumah Kaki Pukul” – Anak Personaliti TV

Hiburan

“Peminat Tengok Dia Lembut, Baik, Tapi Kat Rumah Kaki Pukul” – Anak Personaliti TV

Seorang individu mendakwa dirinya tertekan hidup dalam keluarga meskipun bergelar anak artis dan personaliti TV terkemuka namun tidak dinyatakan si bapa atau si ibu.

Tulis individu itu di aplikasi X, dia mendakwa artis itu seorang yang panas barang dan kaki pukul ketika berada di rumah.

Advertisement
kaki pukulSumber : X  

Aku anak artis, dari kecil semua kenal dan tahu aku anak siapa. Ramai rasa benda tu macam istimewa, ya kadang kala tapi korang takkan terfikir dia seorang kaki pukul.

Di luar, di depan peminat semua cakap dia baik, lembut, kelakar, dekat rumah? Hanya keluarga yagn tahu baran dia macam mana.

Kadang aku fikir aku nak sangat semua orang tahu perangai dia sebenar tapi siapa nak percaya kalau dia dekat luar bawa watak ‘personaliti TV’ dia tu.

Tambahnya lagi, dia berasa sangat kecewa dan tertekan dengan sikap panas baran artis itu sehinggakan dia berasa trauma untuk mendirikan rumah tangga.

Banyak lagi benda yang kami sekeluarga lalui, perasaan takut tak pernah jauh dari kami. Baran dia buatkan aku jadi tak nak kahwin seumur hidup.

Mental aku diseksa dari kecil, sakit tau. Lagi sakit sebab tak boleh nak cerita dekat orang luar. Sebab dia artis yang baik kan? Semua tu lakonan semata-mata.

Meninjau ke ruangan komen, netizen mula berteka-teki tentang siapakah gerangan artis yang dimaksudkan individu itu. Ada juga yang menasihatkan agar individu itu membuat laporan polis jika ia mendatangkan kecederaan fizikal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shiera ijoy
11 months ago

"Artis Paling Sikit Bayar Zakat" - Gelagat Shiera Ijoy & Che Ta Bayar Zakat Buat Netizen Terhibur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...