January 23rd, 2017

Mengakui single Wanita Terakhir adalah lagu yang ikhlas daripada hatinya untuk ‘si dia’, Fattah Amin bagaimanapun enggan menjelaskan siapakah gerangan wanita berkenaan meskipun ada yang bertanya adakah ia ditujukan khas buat Neelofa.

Fattah hanya menyatakan beliau dan Neelofa berkawan baik dan sebab mengapa beliau tidak mahu mendedahkan wanita yang dimaksudkan dalam lagu berkenaan kerana ingin menjaga hati beberapa pihak.

Apa yang saya boleh komen, hubungan saya dan Neelofa masih berkawan baik. Sebelum ini saya memang tidak pernah menjelaskan secara spesifik siapa wanita dalam lagu yang saya nyanyikan itu.

Banyak hati yang perlu saya jaga. Apa yang boleh saya katakan, doakan lah yang baik-baik sahaja untuk saya. Tetapi peminat tahu siapa ‘si dia’ yang saya maksudkan.

Single Wanita Terakhir adalah ciptaan Aizat Amdan, Anas Amdan dan Mel Rahman. Sejak dilancarkan pada 1 Januari lepas, ia mendapat sambutan yang cukup hangat daripada peminat dan sering berada di kedudukan no 1 carta iTunes Malaysia.

Kalau peminat tahu, secara logiknya, berkemungkinan ia ditujukan buat Neelofa kerana gosip percintaan mereka berdua ini memang tengah panas sekarang. Tidak mengapalah, apa yang penting Fattah dapat luahkan isi hatinya kepada ‘si dia’, kami hanya mampu mendoakan yang terbaik buat Fattah agar ada jodoh dengan ‘si dia’ itu. Hehe..

Sumber Berita : Astro Gempak


Comments are closed.

Loading...