Peminat Semua Suka Buat Cerita & Andaian – Nora Danish

Hiburan

Peminat Semua Suka Buat Cerita & Andaian – Nora Danish

Kan Abang Nara dah cakap dah. Kisah-kisah tak betul, mengarut dan tak masuk akal mengenai Nora Danish dan Fasha Sandha ini sebenarnya berpunca daripada peminat sendiri. Ada peminat yang tidak bertanggungjawab membuat kesimpulan sendiri, sebarkan kesimpulan tersebut dan akhirnya menjadi kontroversi sedangkan hubungan antara Nora Danish dan Fasha Sandha baik-baik sahaja. Hmmmm. Mungkin peminat-peminat ini cemburu kot dengan kebahagiaan Nora dan Fasha?

nora danish dan fasha

Advertisement

Sebenarnya Abang Nara pelik juga apabila tiba-tiba hubungan Nora dan Fasha dipersoalkan kembali. Ini sebab sebelum ini memang jelas mereka berdua mempunyai hubungan yang baik. Nora datang melawat ketika Fasha melahirkan anak dan mereka juga turut berhari raya bersama. Mungkin ada pihak yang sengaja mahu mereka bermasam muka kembali. Kata Nora:-

Nora tak mahu komen sebab Nora tak tahu mengenai isu ini. Nora tak tengok Instagram orang lain kerana Nora hanya aktif di Instagram Nora sahaja.

Bagi Nora, peminat semua suka buat cerita dan andaian, namun hakikatnya hanya kita, keluarga dan orang terdekat sahaja yang tahu perkara sebenar.

Disebabkan itu Nora tak nak layan isu-isu begini kerana jika nak layan orang yang cakap pasal Nora, memang akan lagi teruk jadinya. Jadi lebih baik kita tak payah layan.

Saya tak ada masalah pun dengan sesiapa dalam dunia ni, Nora dan Fasha baik je, InsyaAllah. Nora tak kesal mengenai perkara ni kerana ada diantara mereka tak tahu apa sebenarnya.

Mereka tak ikutpun perjalanan hidup kami, jadi untuk diorang membuat cerita, saya tak perlu layan. Hanya kita dan orang terdekat je yang tahu. Kalau saya nak layan orang cakap pasal saya lagi teruk, jadi jangan layan

nora danish dan fasha

Diharap dengan penjelasan daripada Nora Danish ini, semua pihak berpuas hati. Janganlah reka-reka cerita lagi. Mereka semua pun sedang berbahagia dengan kehidupan masing-masing. Kenapa kita pula nak menghancurkan kebahagiaan mereka. Kisah lama tak perlulah diungkit kembali. Masing-masing dah ‘move on’. Tak gitu? Info asal GUA dan OhBulan.

P.S: Rakyat Johor nikmati diesel Euro 5

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...