Penyanyi rap, Joe Flizzow akui tidak sangka dapat bekerjasama dengan ikon rap dunia, Snoop Dogg yang telah memilih dirinya untuk bekerjasama dalam album terbaharu, Snoop Dogg Presents The Algorithm (The Global Edition) untuk pasaran antarabangsa.
Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak berkata dia merupakan peminat Snoop Dogg dan mengikuti perjalanan seni penyanyi rap itu sejak di bangku sekolah lagi.
Malah, menurut Joe, 42, dia pernah digelar ‘Snoop Joe’ kerana asyik mengenakan pakaian baju bintang rap antarabangsa itu.
Dulu masa sekolah saya ada tiga baju Snoop Dogg yang diulang pakai hingga ada yang bertanya saya ni dah tak ada baju lain ke?
Tambah Joe, dia mengikuti dan meminati perjalanan seni Snoop Dogg sejak 1993 dan minat dengan apa yang diperjuangkannya hingga sekarang.
Apabila kerjasama ini terjadi, saya terdetik satu perkara iaitu jangan sesekali putus asa dalam apa yang kita impikan.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Ciao itu akui hilang kata-kata apabila mendapat undungan daripada Snoop Dogg.
Baca: “Kali Terakhir Jumpa Cikgu Sebab Masalah Disiplin” – Joe Flizzow