Peminat Sedih Lihat Menyanyi Seorang Diri, Ini Respon Nur Fazura – “Hati Pun Dah Tak Ada Sepenuhnya Pada Yang Lepas..”

Hiburan

Peminat Sedih Lihat Menyanyi Seorang Diri, Ini Respon Nur Fazura – “Hati Pun Dah Tak Ada Sepenuhnya Pada Yang Lepas..”

Seorang individu tampil berkongsi mengenai perbualannya bersama aktres dan juga penyanyi, Nur Fazura di TikTok.

Individu itu dilihat menzahirkan rasa sedih apabila melihat Fazura menyanyi seorang diri di sebuah acara.

Advertisement

Kata individu itu, dia yakin Fazura seorang wanita yang kuat kerana dapat menyanyikan lagu itu tanpa menangis hiba.

Saya sedih tengok awak menyanyi seorang tadi. Tapi dalam hati berkata, kuatnya awak boleh hadap seorang diri menyanyikan lagu itu tanpa setitis air mata pun.

Saya yang dengar pun sedih sampai keluar air mata. Serius awak memang kuat. Semoga diberikan kebahagiaan.

Nur Fazura kemudian membalas mesej tersebut dengan mengatakan bahawa dia kini berada dalam keadaan tenang dan mengakui sudah lagi sinar cinta seperti dulu dalam kehidupannya kini.

individu kesian fazura menyanyi seorang diri

Jangan sedih! Alhamdulillah hati pun sudah tidak ada sepenuhnya pada yang lepas. Saya gembira dan tenang sangat.

Menjengah ke ruangan komen hantaran individu itu, ramai netizen terutamanya peminat mendoakan Fazura untuk kekal tabah dan bersabar selain menyifatkan aktres itu rajin melayan peminat.

Tular sebelum ini mengenai video memaparkan Nur Fazura menyanyikan lagu duet Bertahan Demi Cinta di sebuah program temu bual di Indonesia.

Difahamkan, lagu duet itu dirakam bersama Fattah Amin ketika mereka masih lagi bergelar suami isteri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Media thailand siarkan identiti penyanyi edar pil kuda
1 month ago

Wajah Dan Identiti Penyanyi Serta 5 Rakyat Malaysia Miliki 6,000 Pil Kuda Didedahkan Media Thailand

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...