Kecoh media hiburan hari ini apabila seorang demi seorang selebriti tampil mengecam Nad Zainal gara-gara kenyataan aktres itu sebelum ini yang memilih untuk fokus kepada suami dan anak-anak sahaja pada ketika ini.
Antara selebriti yang tampil membuat kenyataan adalah seperti Nabila Huda dan Sharifah Sakinah.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan Instagram pelakon itu, Nad seolah-olah membalas kecaman warga maya apabila memuat naik foto dia bersama suami dengan anak-anak dan menulis kapsyen ‘nyawa’.
Sehubungan itu, ruangan komen pula dipenuhi kata-kata semangat dan salah satunya ada menarik perhatian Nad Zainal untuk memberi respon mengenai isu hangat tersebut.
Tulis seorang netizen, Nad mungkin menjauhkan diri daripada ‘circle’ kawan-kawannya dahulu kerana telah berubah menjadi lebih baik apatah lagi dia juga sudah bertudung ketika ini.
Tampil memberi respon terhadap komen tersebut, Nad berkata dia berkawan dengan semua orang tanpa mengira pangkat dan agama namun lebih mengutamakan keluarga dan ingin memperbaiki diri sendiri.
Dia juga memberi bayangan untuk tidak mahu memikirkan perkara yang boleh membuatkan fikirannya kusut.
“Dah jangan kita kusutkan otak nak fikir kenapa..” tulis Nad Zainal sebelum dia ‘mengunci’ akaun media sosialnya kepada tatapan awam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.