Peminat Puji Pandai Rancang Keluarga, Vivy Yusof Umum Bakal Dapat Anak Lelaki

Hiburan

Peminat Puji Pandai Rancang Keluarga, Vivy Yusof Umum Bakal Dapat Anak Lelaki

Personaliti media sosial dan juga usahawan terkenal, Vivy Yusof khabarnya akan menimang cahaya mata lelaki, tidak lama sahaja lagi.

Vivy Yusof
4 years ago

Kongsi Rezeki, Vivy Yusof Belikan Mainan Dan Belanja Makan Buat Anak-Anak Yatim

Advertisement

Berita gembira tersebut diumumkan Vivy menerusi sebuah hantaran video di Instagramnya di samping suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bersama tiga lagi anak mereka.

View this post on Instagram

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Dalam hantaran tersebut, Vivy dan suami dilihat meletupkan belon sekaligus mengeluarkan kepingan kertas berwarna biru yang menandakan bayi lelaki.

Kami tidak sabar untuk berjumpa kamu, baby boy. Terima kasih anda semua di atas kiriman doa yang berterusan. Sikit sahaja lagi, InsyaAllah!

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil mengucapkan tahniah malah ada yang memuji pasangan itu pandai merancang keluarga dengan kehadiran sepasang anak lelaki dan perempuan.

View this post on Instagram

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Sekadar info, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof,3, telah mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta pada tahun 2012 yang lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...