December 5th, 2016

Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini ada memuat naik foto keputusan akademik anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin di akaun Instagram miliknya.

Berdasarkan laporan berkenaan, Rayyan mendapat keputusan yang cemerlang didalam semua subjek.

Ruangan komen di Instagram Rita dihujani dengan ucapan tahniah buat Rayyan dan juga pujian buat Rita yang cekal mendidik dan membesarkan anak-anaknya seorang diri. Buat peminat, Rita adalah contoh ibu tunggal terbaik diluar sana.

Berikut antara ucapan dan pujian daripada peminat:-

Tahniah kami ucapkan kepada Rayyan atas keputusan cemerlangnya itu. Harapnya Rayyan dapat terus berjaya dalam pembelajarannya selepas ini dan menjadi anak yang soleh.InshaAllah.


Comments are closed.

Loading...