February 10th, 2020

Persaingan di Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL 34) yang berlangsung semalam memang cukup sengit. Setiap lagu yang bertanding mempunyai kelebihan masing-masing termasuklah cara penyanyi yang berusaha sehabis baik untuk membuat persembahan memukau. Namun, seperti biasa tidak ada sebuah pun majlis anugerah di Malaysia ini yang dapat memuaskan hati semua pihak.

ernie zakri

Kemenangan Hafiz Suip untuk Vokal Terbaik dipertikai oleh peminat Ernie Zakri. Menurut mereka, penyanyi wanita itu lebih layak untuk mengungguli anugerah tersebut kerana memiliki suara lunak dan vokal mantap.

Ernie lebih layak menang Vokal Terbaik

ernie zakri ajl34

ernie zakri ajl34

ernie zakri ajl34

ernie zakri ajl34

ernie zakri ajl34

Komen ketua juri AJL34

Selaku ketua juri AJL34, komposer dan penyanyi terkenal Ajai tampil memberikan penjelasan mengapa pihak juri memilih Hafiz sebagai pemenang Vokal Terbaik.

Menurut mereka, Hafiz bukan sahaja mempunyai aura tersendiri tetapi teknik nyanyiannya luar biasa.

ernie zakri anugerah juara lagu 34

Suka atau tidak, keputusan telah pun dibuat dan pastinya pihak juri profesional dalam industri muzik tempatan lebih arif untuk menilai siapa lebih layak untuk memenangi anugerah tersebut. Tidak perlu kita berbalah dan anggap sahaja tahun ini tiada rezeki untuk Ernie.


23 responses to “Peminat Pertikai Ernie Zakri Tidak Menang Vokal Terbaik AJL34”

  1. Ayamaaa says:

    Hafiz teknik nyanyian luar biasa????? Apa yg luar biasa nya kalau terkucil? Maksudnya dia tak master control utk high note lagi. Dia nyanyi bagus tapi utk kata luar biasa tu jauhhhh sekami.

  2. Biasbeno says:

    Rasanya next year my baby ernie kena stop 10 sec lah lpas tu smbung nyanyi dgn ‘feeling’. Boleh menang vokal mcm hafiz. Tp terheran2 jugak ini anugerah vokal bkn anugerah feeling. Alasan ape lah kau nie jai!!

  3. Anonymous says:

    exactly, terkucil and tempo kot, orang buta music pun boleh sedar lah wtf lah menang vocal terbaik

  4. Hmm says:

    Terkucil dan tempo pun blh menang vokal terbaik ke? Nonsense.. Yg sebenarnya ajai mmg kamcing ngn hafiz, byk lagu hafiz dia buat ofkos la bias..

  5. HambaAllah says:

    ade terkucil pun org kata smooth n leh menang haiyo btl2 bias

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...