Persaingan di Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL 34) yang berlangsung semalam memang cukup sengit. Setiap lagu yang bertanding mempunyai kelebihan masing-masing termasuklah cara penyanyi yang berusaha sehabis baik untuk membuat persembahan memukau. Namun, seperti biasa tidak ada sebuah pun majlis anugerah di Malaysia ini yang dapat memuaskan hati semua pihak.
Kemenangan Hafiz Suip untuk Vokal Terbaik dipertikai oleh peminat Ernie Zakri. Menurut mereka, penyanyi wanita itu lebih layak untuk mengungguli anugerah tersebut kerana memiliki suara lunak dan vokal mantap.
Ernie lebih layak menang Vokal Terbaik
Komen ketua juri AJL34
So dah dapat jawapan kena hafiz yang menang. Sokay ernie, next year try dengan gundah pulak #AJL34 pic.twitter.com/KtBFliNPuL
— Mizah© (@nurhamizahamran) February 9, 2020
Menurut mereka, Hafiz bukan sahaja mempunyai aura tersendiri tetapi teknik nyanyiannya luar biasa.
Suka atau tidak, keputusan telah pun dibuat dan pastinya pihak juri profesional dalam industri muzik tempatan lebih arif untuk menilai siapa lebih layak untuk memenangi anugerah tersebut. Tidak perlu kita berbalah dan anggap sahaja tahun ini tiada rezeki untuk Ernie.