Peminat Pakat Kongsi Gambar Lama, Respon Kamal Adli – “Tak Salah Pun, Ia Satu Kenangan”

Hiburan

Peminat Pakat Kongsi Gambar Lama, Respon Kamal Adli – “Tak Salah Pun, Ia Satu Kenangan”

Pelakon Kamal Adli memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai masalah sekiranya ada pihak yang memuat naik semula gambar lamanya di media sosial.

Menerusi aplikasi Threads, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli berpandangan bahawa perkongsian sedemikian hanyalah sekadar kenangan lama dan tidak wajar dijadikan isu.

Advertisement

Kamal Adli

Saya okay saja kalau ada yang kongsi semula gambar lama. Bukan buat salah pun. Ia satu kenangan dan tak ada isu sebab kita kan manusia.

Namun begitu, pelakon yang juga bapa kepada seorang anak itu menegaskan bahawa dia tidak menyokong sebarang perbuatan yang dilakukan secara senyap atau tersembunyi tanpa pengetahuan pihak lain.

Lelaki dan perempuan, tak ada pilih-pilih. Bukan kita buat diam-diam atau sorok-sorok, itu kan dosa. Allah marah, saya pun marah.

Sejak kebelakangan ini, Kamal dilihat semakin aktif berkongsi pandangan menerusi Threads sehingga menarik perhatian warganet. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang memuat naik semula gambar lama pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu sambil mengimbau kenangan terdahulu bersamanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abby abadi
2025-12-29 10:00:55

Abby Abadi Berangan Adakan Majlis Resepsi Untuk Marissa Dania – “Dia Juga Berhak Diraikan Sebaiknya”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...