October 16th, 2020

Selepas pulang dari Sabah membantu abang iparnya, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkempen, pelakon Shaheizy Sam difahamkan terpaksa menjalani kuarantin selama 14 hari.

Menurut isterinay Syatilla Melvin, beliau dikhabarkan menjalani kuarantin di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Malah, menerusi perkongsian terbaru di laman Instagram Syatilla, Sam dikatakan telah selesai menjalani kuarantin pada 13 Oktober lalu.

Bagaimanapun, wujud suara-suara netizen seakan tampil mendakwa terlihat kelibat Sam dan Syatilla bersama rakan di sebuah restoran popular di Genting Highlands pada 3 Oktober lalu.

Rentetan kejadian, rata-rata mereka dikatakan terkejut dan mempersoalkan dakwaan berkenaan.

Lebih mengejutkan, ada yang mengatakan sempat untuk bergambar dengan pasangan itu namun terpaksa dipadam.

Untuk rekod, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan, pada tarikh 3 Oktober, Sam sepatutnya berada dalam tempoh kuarantin 14 hari.

Namun sehingga kini, masih belum ada kenyataan balas daripda pihak Sam mahupun Syatilla berhubung dakwaan berkenaan.

Sumber: Kopi Planet


2 responses to “Peminat Nampak Di Genting Highlands, Shaheizy Sam Ingkar Arahan Kuarantin?”

  1. Anonymous says:

    yucks acah2 mix mat saleh tapi perangai kokdiang bacin

  2. Siti PPE says:

    I never like this couple especially his wife………she and her siblings be like cold block of the Kardashian.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...