Melalui laporan Xtra, baru-baru ini, pelakon serta pengarah terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof tampil berkongsi perkembangan perancangannya untuk mencipta sebuah filem inspirasi berdasarkan kisah selebriti Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq.
Tunggu tuan badan bagi ‘green light’
Difahamkan, sehingga kini Eizlan masih belum dapat berjumpa serta berbincang secara berhadapan dengan tuan empunya badan berhubung rancangannya biarpun sudah mendapat persetujuan daripada produser terkenal.
Kami ada berhubung di telefon cuma ini hanyalah pandangan saya sebagai senior, saya rasa Bella berat hati untuk teruskan dengan projek ini mungkin kerana bimbang kisah peribadinya dimanipulasikan.
View this post on Instagram
Susulan itu, Eizlan menegaskan bahawa projek filem ini tidak akan memaparkan atau mengaibkan mana-mana pihak, bahkan jalan ceritanya juga akan baik-baik serta yang indah saja.
Filem #BASS akan diadakan atau tidak?
Pada saya Bella dan Saddiq ini kedua-duanya comel. Jadi kita buat filem yang sweet, contoh macam Winter Sonata langsung tak sentuh kisah peribadinya yang penuh warna tu.
Namun begitu, pengarah terbabit turut menghormati kedua-dua individu terbabit dan menyatakan dirinya perlu mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu.
Malah, buat masa ini tiada sebarang keputusan mengenai sama ada filem terbabit akan diadakan atau tidak.
Produser pun dah bersedia, cuma perkara masih tergantung. Doakanlah yang terbaik semoga ada sinarnya nanti.