Melalui platform Threads, seorang individu dikenali sebagai Azzaha Rahman meluahkan rasa kagumnya terhadap pelakon serta penyanyi, Bella Astillah.
Kagum dengan perjalanan hidup Bella Astillah
Dalam hantaran yang dimuat naik, individu tersebut berkata Bella merupakan contoh seorang wanita yang berjaya ‘lari’ daripada lelaki ‘red flag’ yang tidak menghargai dirinya.
Susulan itu, sewaktu bertemu dengan Bella, Azzaha menyuruh penyanyi terbabit menulis sebuah buku yang menceritakan kebangkitannya selepas segala hal yang sudah dilalui olehnya selama beberapa tahun.
Namun begitu, Bella berkata menulis sebuah buku bukanlah satu proses yang mudah dan banyak perkara yang perlu dititik beratkan.
Syed Saddiq sokong Bella tulis buku
Balas saya, “Setuju, tak mudah. Tapi ada wanita yang langsung tak mampu bangkit.” Beliau angguk-angguk.
Dalam pada masa yang sama, Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq yang turut ada disitu mencelah dengan mengatakan bahawa dia menyokong jika Bella menulis buku supaya ramai lagi yang boleh mengenali wanita terbabit.
Betul, kena tulis buku. Yang orang tahu tentang Bella, surface. Yang orang tak tahu, lebih hebat lagi.