August 26th, 2013

Kah kah kah. Ok izinkan Abang Nara bergelak ketawa terlebih dahulu. Ini macam punya peminat pun ada ke. Kadang-kadang Abang Nara hairan bin ajaib pun ada juga dengan peminat-peminat yang kemaruk minta “reply”, “RT” dan apa-apa lagilah di Twitter, Instagram dan Facebook dengan artis kesayangan mereka. Best sangat kot agaknya.

hanez suraya

Selaku peminat anda perlu ingat, si selebriti kesayangan anda tue ada kerja juga. Tak adalah 24 jam menghadap laman sosial je. Mana yang sempat jawab, pasti akan mereka jawab. Kalau ada rezeki korang, adalah. Kesian pula tengok ada peminat Hanez Suraya yang sampai tahap “meroyan” tak dapat balasan mesej daripada dirinya. Kata Hanez:-

Ada peminat meroyan sebab dia tengok Hanez membalas pesanan seorang lelaki, jadi dia ingat Hanez melayan mesej peminat lelaki sahaja. Dia tidak memeriksa terlebih dulu siapa orang itu, sebaliknya terus marah-marah sebab Hanez tidak membalas pesanan daripadanya.

Kebetulan Hanez ternampak dia menghantar kembali tweet (yang mengandungi perkataan kesat) itu, tetapi Hanez cuma membalasnya dengan perkataan “bahasa jiwa bangsa”. Tak sangka pula peminat Hanez yang lain serang dia di Twitter. Ada yang cakap, imej peminat itu saja nampak baik tetapi bahasanya teruk. Apabila diserang seperti itu, dia terus menukar gambar profil.

hanez suraya

Macam-macam kan? Daripada korang semua berebut dan menanti balasan mesej daripada selebriti kegemaran masing-masing, lebih baiklah masa itu digunakan untuk buat kerja berfaedah. Bukannya ada faedah yang besar pun kalau sekadar dapat “reply”. Tak adalah korang terus jadi cantik macam si Hanez nie. Tak ke gitu? Ke memang ada yang jenis kemaruk tak ingat nak dapat balasan sebab nak tunjuk kat member-member?

P.S: Bagaimana sistem brek ABS berfungsi


Comments are closed.

Loading...