Dasyat. Hebat sungguh penangan drama Rindu Awak 200% yang menggandingkan Ayda Jebat dan Zul Ariffin. ‘Chemistry’ yang ditunjukkan oleh mereka berdua di dalam drama ini menyebabkan para peminat mahu mereka turut bercinta di dalam dunia sebenar. Itu tandanya memang menjadi lakonan mereka. Tapi secara jujur, Abang Nara tengok mereka berdua nie memang ‘matching’ pun. Kalau bercinta memang sesuai sangat.
Namun seperti yang anda semua tahu, Zul Ariffin sudah pun mempunyai kekasih yang bernama Gayatri. Jadi harapan seorang peminat yang menghantar email kepada Ayda Jebat mahukan dia berkahwin dengan Zul Ariffin nampaknya tidak akan tercapai. Malah Ayda Jebat sendiri mengetahui yang Zul Ariffin sudah berpunya. Kata Ayda Jebat:-
Saya mendapat beberapa e-mel dari peminat yang menyuruh saya untuk berkahwin dengan Zul Ariffin secara realitinya. Mereka semua terlalu fanatik dan saya tahu chemistry yang kami ada dalam drama tersebut membuatkan drama itu benar-benar menjadi.
Dia (Zul Ariffin) seorang kawan yang baik dan professional dalam setiap apa yang telah dilakukannya. Siapa yang tak kenal dia memamg anggap yang dia seorang yang serius tetapi sebaliknya. Ya, saya tahu yang dia mempunyai kekasih dan tak pernah pula saya bercakap soal itu ketika penggambaran drama melainkan urusan pekerjaan sahaja
Selagi Zul dan Ayda belum berkahwin, jangan putus harapan untuk melihat mereka berdua bersatu di dunia realiti. Manalah tahu cinta berputik di lokasi seperti yang sering terjadi kepada para pelakon lain. Hehehe. Apa pun, drama Rindu Awak 200% ini sememangnya menaikkan nama Zul dan Ayda. Semoga populariti yang dikecapi akan memurahkan lagi rezeki mereka berdua.