Abang Nara suka Maher Zain. Lagu-lagunya best belaka. Namun Abang Nara tak pernah berpeluang untuk mendengar Maher Zain secara live di konsert-konsertnya. Baru-baru ini, Maher Zain baru sahaja selesai menjayakan konsert besar-besarannya di Malaysia. Dan menurut seorang wartawan di Utusan Malaysia, konsert tersebut tiada apa yang boleh dibanggakan.
Abang Nara petik sedikit tulisan yang tersiar di artikel ini untuk tatapan anda semua:-
Melihat persembahan Maher dari segi kawalan vokal, penyanyi itu tidak ada masalah kerana dia mampu bertahan menyanyi dari pukul 9.20 malam hingga 11.20 malam.
Cuma yang membuatkan persembahannya tampak sedikit cacat apabila dia kerap sangat menghulur mikrofon ke arah penonton apabila tiba bahagian korus.
Mungkin niatnya ingin mengajak penonton menyanyi bersama tapi dari segi lain dapat dilihat bahawa dia ingin mencari ‘nafas’ kerana penat.
Biar pun begitu, penonton yang terdiri daripada pelbagai usia kelihatan ceria kerana berpeluang mendendangkan lagu-lagu kesukaan mereka bersama penyanyi asal.
Bagi peminat setia Maher, mereka mungkin tidak nampak kekurangan pada persembahan penyanyi tersebut, namun secara dasarnya dia hanyalah seorang penyanyi biasa.
Tiada apa yang boleh dibanggakan kerana persembahannya yang diiringi oleh pemuzik daripada pelbagai negara itu tidak ada kemuncak.
Biarpun namanya dikenali di banyak negara namun dia hanya layak dilabel sebagai seorang penyampai vokal atau penyanyi sahaja.
Dia bukanlah seorang penyanyi serba boleh kerana ketika di pentas, Maher dilihat tidak mampu berkomunikasi baik dengan penonton.
Hanya pada lagu ke lima, Freedom, baharu Maher membuka bicara dengan ungkapan Assalamualaikum kepada penonton.
Melihat corak persembahan sebegitu, tidak dinafikan bukan semua penyanyi boleh menjadi penghibur, sebaliknya penyanyi begitu beruntung kerana lagu-lagu mereka popular
Oleh kerana tulisan yang jujur ini, seorang peminat Maher Zain di Malaysia telah meluahkan rasa kekecewaannya. Bagi Abang Nara, kalau kita sudah membayar harga yang agak tinggi untuk menghadiri konsert, pastinya kita mahukan yang terbaik. Jadi tak ada salahnya apa yang telah ditulis oleh wartawan Utusan Malaysia ini kerana itu adalah pendapatnya.
Baca entri ini sepenuhnya untuk membaca luahan kekecewaan peminat Maher Zain yang telah dikongsi menerusi Facebook Maher Zain Malaysian Fan Club.
Assalammualaikum.
Seusai membaca artikel berkaitan Maher Zain dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini (Ruangan Mega), saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan. Saya ingin mengulas dengan lebih detail isu yg dibangkitkan oleh wartawan utusan bernama Khadijah Ibrahim ini.
Saya mengklasifikasikan diri saya sebagai peminat muzik. Dan muzik yang diketengahkan oleh Maher Zain sejak album pertama adalah muzik yang sedap didengar. Susunan muzik yang baik ditambah dengan kelunakan suara sang penyanyi akan menjadikan lagu itu bertambah seronok untuk didengar. Bonusnya di sini, lirik yang kuat. mesej yang mendalam.. mengajak ke arah mencintai kebaikan, mencintai Rasul.. dan ia terlekat dihati kerana Maher berkarya melalui hatinya yang ikhlas.
Pernah dua kali saya berpeluang menyaksikan Maher Zain beraksi secara live, pertama semasa mini showcase nya di Audiitorium MBSA Shah Alam dan kedua semasa konsert mega pertamanya di stadium Melawati Shah Alam.
Walaupun saya bukan profesional dalam bidang seni muzik, tetapi saya boleh membuat kesimpulan mudah, YA, Maher Zain adalah penyanyi yang baik tetapi dia BUKAN performer yang cemerlang. YA, Maher Zain menghadapi kesukaran dalam berinteraksi dengan penonton, YA Maher Zain perlu mengambil nafas apabila keletihan dan kerap menghulurkan mic nye ke arah penonton, YA Maher Zain juga pernah menghadapi masalah teknikal dipentas dan pernah juga lupa lirik (rujuk kes Konsert di Stadium Melawati)
Diringkaskan cerita, Maher Zain saya akui BUKANLAH PENGHIBUR CEMERLANG seperti yang DIHARAPKAN wartawan bernama Khadijah Ibrahim ini. Tambahan, mungkin di mata beliau setelah 4 konsert dan harga tiket yang semakin meningkat (mungkin, tetapi saya kurang pasti) “Maher should offer much better performance than that”. Itu pandangan saya. tetapi saya mahu konklusikan hujah beliau di atas dengan bidasan-bidasan berikut :
1) Maher Zain bukan Michael Jackson. Maher Zain tetap seorang Maher Zain yang saya lihat seorang lelaki pemalu yang cuba melawan rasa nervousnya setiap kali berada di pentas. Kekuatannya ialah lagunya. Dan auranya. Peminat yang ikhlas meminati beliau dan perjuangan beliau datang ke konsert bukan untuk melihat beliau melakukan sesuatu yang fantastik. Mereka datang untuk melihat Maher dan mendengar lagu-lagunya yang sedap dan kuat mesejnya itu. Aura Maher menjadikan kita seronok melayan lagu dan persembahannya.
2) Kesedapan suara bersifat universal. Maher Zain tidak akan boleh membawa lagu ber pitch tingi atau pun berentak (beat) terlalu laju. Suaranya sedap untuk lagu-lagu yang dicipta olehnya untuk dirinya. Dan jangan lupa, mendendangkan lagu berunsur dakwah attitude di atas pentas juga perlu bersederhana. Di telinga peminat Maher, lagunya menarik, suaranya merdu dan mesejnya juga indah. Sudah cukup untuk memancing peminat ke konsertnya di mana-mana seluruh dunia. “Seluruh dunia”, OK?
3)Jika ditanya kepada peminat-peminat Maher Zain yang saya ceritakan di atas, yang mana hadir ke konsert sebagai salah satu tanda sokongan kepada lagunya, mesejnya dah Maher sendiri MEREKA/KAMI TIDAK KISAH Maher melakukan few technical mistake di atas pentas dan kelihatan agak kekok atau kaku utk berinteraksi dengan penonton.. bukan kerana buta muzik atau dibutakan oleh Maher. KAMI MEMINATI DAN MENYOKONG MAHER DENGAN CARA KAMI SENDIRI. Asalkan sentiasa kami semua di bawah redha dan perlindungan Allah…
Di Barat kartun-kartun bersifat ini adalah norm.. di Malaysia, kita akan cepat melatah, so Amar keep on your good work and life goes on. Berhati-hati jelah next time, ok?) Khadijah mungkin meletakkan standard expectationnya agak tinggi. Dari pembacaan saya macam dia sudah pergi kesemua konsert Maher, tapi boleh jadi juga dia baru saja kali pertama menonton konsert tempoh hari, dan terdorong mengulas berdasarkan “assumption’ dan opinion2 yg sudah didengar dari org sekelilingnya sebelum ini.
Semua org ada pendapat masing-masing. tetapi pada hemat saya sebagai wartawan, Khadijah perlu lebih berhati-hati membuat ulasan. Kita bukanlah nak dengar yang baik-baik saja. Kalau ada yang tak baik.. kritik secara beretika. Pendegar lagu Maher mungkin boleh terbahagi kepada beberapa kategori. Yang suam-suam. yang Minat orangnya saja. Yang belasah aje.. mcm2 lg la. tp kami di MZMFC ini terutamanya samada berkesempatan ke konsertnya baru2 ini atau tidak (sedihnye xdpt join hehe) menyokong Maher Zain dan perjuangan muziknya dan mesej2 dlm karyanya.
Selagi beliau seorang hamba Allah, Muslim yang patuh pada ajaran agama dan meninggalkan laranganNya, kami tetap di belakang beliau. sama-sama spread the good of Islam. itu yang penting. Tak kisah la MZ terkehel suara ke atas pentas, lupa lirik few times ke, tak pandai interaksi ke… kami tak kisah.. ya.. truely. so kepada yang kisah.. tak payah la pergi konsert beliau lagi pada masa akan dtg. tak payah la beli album beliau lagi. sebab yg penting KAMI KISAH PADA MESEJ DAN PERJUANGAN BELIAU. salam mzmfc.. dari saya yang jarang ada di wall ini.. tetapi selalu memerhati dari jauh dan menyokong perjuangan rakan2 mzmfc semua. assalamualaikum.
Raizal Rahim
Ahli Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC)