Peminat M. Nasir Dan Siti Nurhaliza Bergaduh Kat Konsert Bagaikan Sakti?

Hiburan

Peminat M. Nasir Dan Siti Nurhaliza Bergaduh Kat Konsert Bagaikan Sakti?

konsert bagaikan sakti

Ish-ish. Apo nak jadi la dengan peminat Siti Nurhaliza ngan peminat M. Nasir nie. Orang nak enjoy tengok konsert diorang pergi buat havoc pulak. Sungguh poyo tak hengat. Pergi dengar dan enjoy dah la. Nasib baik la tak bergaduh sampai belasah-belasah, sekadar bergaduh guna mulut jer. Kalau siap bantai-bantai, tue agak parah gak la.

Advertisement

Cuba baca sikit apa yang ditulis kat Murai:-

[note]Semasa konsert itu berjalan, ada peminat M Nasir berteriak dengan perkataan kesat dan mengejek persembahan Siti. Malah, mereka juga mengutuk peminat Siti yang datang dengan sepanduk kelab peminat SitiZone. Mereka juga memberi amaran kepada peminat Siti agar tidak bersorak kepada Siti.[/note]

Adoi. Sumpah poyo gile peminat M. Nasir nie. Nie kalau M. Nasir tau peminat dia buat camnie memang dia pun rasanya malu tak ingat. Sepatutnya supportlah sesama sendiri. Dua-dua pun otai. Dua-dua pun best. Wat apa la nak kondem peminat yang lain. Sungguh rendah mentaliti peminat M. Nasir yang gi konsert tue.

[note]Akibat insiden ini, peminat Siti rasa terganggu dan tak tenteram hati kerana bilangan peminat M Nasir sebegitu ramai. Hairan juga kenapa peminat Siti tak dibenarkan bersorak. Mujurlah tak berlaku sebarang pergaduhan. Tapi peminat Siti tetap bersabar disebabkan mereka tak mahu melukakan hati Siti. Maklumlah semua ke sana nak berseronok apatah lagi bukan senang Siti dan M Nasir nak bergabung dalam satu konsert.[/note]

Nasib baiklah peminat Dato’ Siti Nurhaliza jenis rileks dan tak cepat panas baran. Kalau tak naya la jugak. Kalau dedua jenis hangin mau jadi perang besar kat bawah stage tue. Habis jatuh imej penyanyi Malaysia.

Harap kepada peminat-peminat poyo M.Nasir tue cepat-cepatlah sedarkan diri anda sebelum terlewat. Pergi konsert enjoy dah la. Jangan nak wat havoc. Bukan anda sorang yang bayar tiket. Orang lain pun keluarkan duit jugak. Dan yang paling penting, kalau anda wat camnie, nanti tak ada sponsor yang berani nak anjurkan lagi konsert artis tempatan.

Sapa yang rugi? Penyanyi Malaysia jugak. Lu pikirlah sendiri!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...