August 12th, 2015

Kehangat drama bersiri Rindu Awak 200% masih lagi terasa dan tidak dapat dinafikan bukan sahaja drama tersebut tetapi hero dan heroinnya turut terkena tempias populariti yang semakin naik dengan jumlah peminat yang ramai.

Walaubagaimanapun, ada juga berita ataupun kontroversi yang mengatakan pelakon didalam Rindu Awak 200% agak kekwat dan tidak melayan peminat dengan baik.

Kami juga ada menerima surat terbuka yang meluahkan aktres didalam drama tersebut seakan buat tidak tahu kepada peminat yang ingin bergambar dengannya dalam satu majlis rumah terbuka.

Ikuti luahan peminat tersebut dibawah:-

Assalamualaikum BeautifulNara,

Disini saya ada perkara yang ingin diluahkan kepada  anda dan  juga peminatnya. Saya telah menghadiri majlis “open house Rindu Awak 200% Raya” yang dianjurkan oleh “Nescafe Blend & Brew”. Saya datang dari jauh dengan penuh perasaan TERUJA kerana inilah kali pertama saya bertemu mereka dan menyertai majlis seperti ini. Saya MENGHARAPKAN sesuatu yang menarik di majlis tersebut kerana saya peminat TEGAR pelakon RINDU AWAK 200% namun saya agak KECEWA dan TERKILAN sangat dengan salah seorang pelakon wanitanya yang SOMBONG dan TIDAK PANDAI melayani peminatnya. Tentu anda boleh agak siapakah pelakon wanita yang saya maksudkan.

Hal ini terjadi apabila saya ada cuba untuk bergambar dengannya, tetapi  tidak dilayan. Malah, saya diminta untuk kembali ke meja makan saya setelah 10minit saya tunggu di meja makannya dengan alasan yang diberi oleh mereka yang menjaga meja makanan ialah “She’s eating” tetapi pada waktu itu sebenarnya dia sudah habis makan dan juga pada masa yang sama ada lagi peminat lain yang ingin gambar dengannya beserta “selfie”.

Kami dibiarkan begitu sahaja. Sehingga ada seorang kanak-kanak yang cuba untuk menggapai tangannya tetapi dia hanya memandang kanak-kanak tersebut dan  berlalu pergi begitu sahaja kerana ada interview dengan TV9 tanpa menghiraukan kami dan kanak-kanak tersebut. Pada waktu itu saya merasa sangat geram dan marah kerana diperlakukan seperti itu. Pelakon itu hanya bertindak bersahaja.

Bukan niat saya untuk menjatuhkan karier pelakon tersebut tetapi saya hanya ingin menegur dan memberi nasihat kepadanya. Saya tahu popularitinya semakin melonjak naik tetapi tidak semestinya dia boleh melayan peminatnya begitu sahaja. Sebagai seorang pelakon semestinya dia perlu BERAMAH MESRA dengan semua peminatnya tanpa mengira siapa mereka. Pelakon tersebut perlu ingat tanpa peminat dia bukan sesiapa pun di industri seni ini, dan hidup kita ini umpama roda yang kejap diatas kejap dibawah. Saya harap pelakon tersebut lebih SENSITIF dengan keadaan sekeliling.
Sekian, terima kasih.

Daripada : Peminat Rindu Awak 200%.

Ini bukan kali pertama kami mendengar gosip ataupun luahan peminat terhadap barisan pelakon drama Rindu Awak 200% yang agak sombong untuk melayan peminat yang ingin bergambar dengan mereka.Mungkin culture shock kot sebab tiba-tiba popular. Hurm…

Apa-apa pun kami harap pelakon tersebut tidak mudah lupa diri dan mula berlagak diva selepas popular.


Comments are closed.

Loading...