Written by Bella | July 8th, 2019

Siapa sangka, dengan hanya menghantar mesej berkongsi perasaan sedih kehilangan telekung ketika menunaikan umrah, seorang peminat telah menerima kejutan istimewa yang tidak disangka-sangka dari selebriti, Lisa Surihani.

Lisa dengan penuh rasa rendah diri menghadiahkan peminatnya itu telekung. Individu itu menerima kiriman mesej menerusi akaun Instagram daripada sebuah jenama telekung terkenal, memaklumkan seorang hamba Allah berhajat menghadiahkannya telekung.

Tidak menyangka akan menerima telekung baru, individu itu merasa gembira  kerana Lisa membaca luahannya tempoh hari. Lebih membuatkannya terharu apabila diberi peluang untuk memilih jenis telekung yang diinginkan.

Rata-rata netizen memuji sikap baik hati dan rendah diri Lisa dan betapa bertuahnya peminat tersebut menerima hadiah istimewa.

Berita yang sangat positif kami terima hari ini, semoga Allah SWT membalas segala perbuatan baik Lisa dan dimurahkan rezeki.

Sumber Berita : Astro Gempak & Twitter

6 responses to Peminat Luah Rasa Terharu Lisa Surihani Hadiahkan Telekung

  1. Ayu says:

    Alhamdulillah.. Sejuk mata memandang Lisa sejak dia bertudung. Bertambah ayu & manis. Semoga Lisa dan kita semua terus istikamah ke arah kebaikan. Aamiinn..

    • nabilahnab says:

      xtau npe aku rse ni taktik org telekung ni je. cuba2 nasib. dan lisa plk melayan.. trus la telekung brand die femes letop2 pasni dh kua kt beautifulnara. huhu
      pdhl sblm ni aku hram tak tawu brand ni..tp tgk harga. kemain..400 utk telekung..feewwww

  2. Miss Love says:

    Beautiful inside out <3 <3 <3

  3. kelantit says:

    so kind-hearted. may Allah bless you

  4. Anonymous says:

    Kejap. Pompuan ni ngadu kt lisa yg telekung dia ilang? Pastu buat ayat sedih2. Mcm indirectly mintak2 dikasihani, dlm diam2 ada harapan dapat hadiah. Pepek camni biasa dh jumpa..

  5. Anonymous says:

    Taktik melayu tudong busuk. Gunakan artis raih simpati. Busuk!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini