Peminat Kucing Teruja Melihat Meow Island Atau Pulau Kucing Di Pahang Ini

Kehidupan

Peminat Kucing Teruja Melihat Meow Island Atau Pulau Kucing Di Pahang Ini

Mesti anda pernah terdengar tentang pulau kucing di Pulau Okishima, Jepun kan? Pastinya ramai peminat kucing yang teringin untuk melawat destinasi tersebut untuk melihat sendiri kucing-kucing di sana.

Baca: “Jangan Risau, Mereka Selamat”, Kucing Di Pulau Okishima Terselamat Dari Taufan Hagibis

Advertisement

Sekarang ini anda tak perlu pergi jauh-jauh kerana di Malaysia pun sudah ada pulau kucing yang tersendiri. Terletak di Pulau Keladi, Pahang, pulau kucing tersebut dikenali sebagai Meow Island.

Kucing-kucing di situ dibiarkan bebas tanpa dikurung di tanah seluas 4 hektar itu. Mula ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Tengku Lokman Nadzira Tengku Husin atau lebih dikenali sebagai Ayah Engku.

Semua kucing-kucing yang ditempatkan di situ adalah kucing yang terbiar dan tidak mempunyai tuan. Pemiliknya kemudian membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk diberikan tanah buat Meow Island ini.

Bayaran masuk sebanyak RM3 (dewasa) dan RM1 (kanak-kanak bawah 12 tahun) dikenakan untuk memasuki pulau ini. Pulau ini juga dibuka dan beroperasi sepenuhnya dari hasil sumbangan pencinta-pencinta kucing.

Beberapa sukarelawan juga turut membantu untuk memastikan pulau ini beroperasi dengan baik. Walaupun pulau ini memelihara kucing-kucing terbiar, orang awam tidak dibenarkan untuk membuang kucing mereka di sini.

Kucing-kucing di sini juga boleh diambil atau di ‘adopt’ tetapi mereka akan melihat dahulu kriteria yang memohon dan tidak sebarangan diberikan. Jika ada yang ingin membantu memberikan sumbangan, boleh ikuti laman Facebook mereka di Meow Island.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...