Drama yang diadaptasi dari novel nukilan Orkid Edyliyne berjudul ‘Kau, Aku, Kita’ akan ditayangkan di slot Lestary, TV3, menampilkan pelakon Syarul Ridzwan dan Janna Nick. Drama itu diterbitkan oleh pelakon dan pengacara Sheila Rusly yang popular dengan program Ketuk-ketuk Ramadan.
Sheila meluahkan bahawa dia menerima banyak kritikan dari peminat Mia Ahmad yang pernah berlakon dengan Syarul menerusi drama ‘Hati Perempuan’ yang pernah ditayangkan di slot Akasia TV3. Ini kerana keputusannya menggandingkan Syarul dengan Janna dan bukannya Mia.
Melalui Melodi TV3, Sheila menerangkan dia memilih Janna untuk bergandingan dengan Syarul kerana Janna lebih sesuai membawakan watak protagonis utama dalam drama itu berbanding Mia. Menurut Sheila:
Saya memilih pelakon sesuai dengan konsep program. Apa yang saya buat sekarang ini, Slot Lestary, drama ‘Kau, Aku, Kita’.
Watak yang diperlukan dalam drama ini ialah seorang yang agresif.
Saya tiada masalah dengan Mia Ahmad. Saya suka Mia Ahmad, tetapi saya rasa watak itu memang tidak sesuai untuk Mia.
Saya akan menjatuhkan reputasi Mia andai kata dia tidak boleh perform untuk watak itu.
Mia Ahmad ketika ditemui bagaimanapun menyatakan isu yang ditimbulkan oleh peminatnya adalah di luar kawalannya.
Isu macam ini bukan berlaku pada saya sahaja malah Zul Ariffin berlakon dengan pelakon lain pun akan berlaku perkara yang sama. Saya sudah pun menasihatkan peminat-peminat saya di Twitter supaya menyokong karier saya dan juga karier Syarul Ridzwan.
Benda-benda ini di luar kawalan saya. Kalau peminat kata dia suka lihat saya berlakon dengan Syarul Ridzwan bermakna lakonan kami sebelum ini menjadi.
Tapi kalau dikatakan dia orang tak suka saya atau Syarul Ridzwan berlakon dengan orang lain, saya tak boleh nak kawal benda itu.
Saya memang hargai sangat semua peminat saya, peminat-peminat Hati Perempuan. Cuma saya nak nasihatkan lagi sekali supaya menyokong karier saya dan juga Syarul Ridzwan. Jangan terlalu membawa benda-benda yang fantasi itu ke realiti.
Saya tak nak respon sangat benda-benda yang negatif ini. Selagi kita melayan respon benda-benda negatif ini lagi benda jadi besar. Saya minta peminat terus menyokong karier saya.
Mia Ahmad memperoleh ramai peminat dari lakonannya dalam drama Hati Perempuan. Namun begitu, lakonan Mia juga mendapat banyak kritikan kerana ramai menganggap lakonan Mia kaku untuk drama itu.
Perlu juga diambil kira bahawa stesen televisyen juga memainkan peranan besar dalam menentukan pemilihan pelakon. Mungkin mereka ingin melihat dinamik gandingan yang berlainan untuk drama Kau, Aku, Kita.
Diharap para peminat bersabar. Sekiranya ada rezeki mungkin Syarul dan Mia akan bergandingan dalam drama lain yang lebih sesuai selepas ini. Takkan Syarul asyik berlakon dengan Mia saja, ya tak?
Panggung Seni Tradisional 2015 meneruskan langkahnya lagi, kali ini menampilkan kelainan dengan persembahan Opera Cina “…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 27 September 2015