Selain bergelar selebriti popular, pelakon pujaan ramai Fattah Amin juga aktif menceburi bidang perniagaaan, selepas mengusahakan sebuah cafe yang mendapat sambutan hangat, Fattah juga ada mengeluarkan produk makanan kesihatan iaitu MRP Sup DIET dan Berrytox di bawah syarikat miliknya iaitu MRP International Sdn Bhd.
Fattah juga turut membuka peluang untuk orang ramai di luar sana berkecimpung dalam bisnes jualan MRP. Seperti perniagaan lain, tentu sekali akan ada agen yang akan memasarkan produk tersebut. Iyalah, produk artis popular seperti Fattah dipercayai memang akan laku keras.
Tetapi, hari ini kami dikejutkan dengan satu kiriman email daripada salah seorang agen MRP yang tertanya-tanya apakah status terbaru pengeluaran produk tersebut.
Agen-agen ini sudah melaburkan wang yang banyak tetapi akhirnya produk itu tidak dapat dijual kerana Fattah katanya sudah tidak lagi rancak mempromosikannya seperti sebelum ini.
Adakah segala dakwaan ini benar? Harapnya Fattah dapatlah tampil memberikan penjelasan agar tidak timbul lagi sebarang salah faham mahupun spekulasi.