Peminat ‘Kenen’ Kembali Berjodoh Dengan Adira Suhaimi, Hafiz Suip Bersuara – “Apa Saya Boleh Kata, Doa Yang Baik-Baik”

Hiburan

Peminat ‘Kenen’ Kembali Berjodoh Dengan Adira Suhaimi, Hafiz Suip Bersuara – “Apa Saya Boleh Kata, Doa Yang Baik-Baik”

Penyanyi Hafiz Suip tampil menafikan bahawa dirinya mempunyai hubungan cinta bersama rakan artis, Adira Suhaimi.

Jelas Hafiz, dia dan Adira Suhaimi bagaimanapun masih kekal berkawan sehingga kini meskipun pernah mempunyai hubungan istimewa suatu ketika dahulu.

Advertisement

Namun kata penyanyi berusia 35 tahun itu, jalinan antara mereka tidak pernah melibatkan perasaan cinta seperti pasangan kekasih.

Saya dengan Adira, kami masih berkawan dan tidak lebih daripada itu. Tiada perasaan antara satu sama lain. Masing-masing pun dah ada hidup sendiri, apa saya boleh katakan doakan yang baik-baik sahaja.

Hafiz Suip

Hafiz turut berkata dia tidak dapat menghalang mulut dan tanggapan orang terutamanya peminat yang mahu melihat mereka berdua berjodoh apabila mereka kini kembali solo.

Bagi Hafiz, meskipun peminat mahu mereka kembali bersama namun dia berharap agar perkara tersebut tidak menimbulkan tanggapan negatif terhadap kedua-dua pihak.

Kalau peminat cuba kenenkan tu saya nak buat macam mana? Mulut orang dan tanggapan mereka kita tak boleh nak halang. Tapi, kalau boleh taknaklah sampai timbul isu negatif, masing-masing dah ada hidup sendiri.

Hafiz Suip dan Adira

Dalam pada itu, Hafiz juga akui rindu mahu merakamkan lagu duet bersama Adira selepas kali terakhir adalah sekitar enam tahun yang lalu.

Selalunya tiga tahun sekali akan ada lagu bersama. Teringin tapi mungkin selepas tamat konsert saya nanti.

adira suhaimi hafiz suip
2025-08-09 15:00:12

Rumah Tangga Berakhir, Hafiz Suip Terima Pesanan ‘Padu’ Dari Adira

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...