Lama tidak mendengar perkhabaran pelakon yang bernama Ainul Aishah ini. Sejak berkecimpung di dalam bidang perniagaan Tutti Frutti, sudah jarang nampak kelibat Ainul Aishah di dalam kaca TV. Namun baru-baru ini Abang Nara menerima sekeping email yang melahirkan kekecewaannya terhadap sikap Ainul Aishah.
Gambar tersebut telah pun diupload oleh Ainul Aishah menerusi Instagramnya di bulan Ramadhan ini. Salah seorang pengikut Ainul telah pun menegur cara pemakaian Ainul yang agak tidak sesuai untuk bulan puasa. Sayangnya teguran ikhlas tersebut telah disalah ertikan oleh Ainul Aishah.
Ainul Aishah menyatakan yang Instagramnya adalah tempat untuk fun-fun dan tak boleh nak gaduh-gaduh atau tunjuk angel.
Ainul memberitahu kalau ingin menegurnya, tegurlah di tempat lain. Bukan di Instagram ini. Mungkin sebab itu si peminat ini menghantar email kepada Abang Nara.
Dan Ainul mengakui yang dirinya agak rimas dengan orang yang busybody ini.
Bagi Abang Nara, teguran yang diberikan itu bukannya salah. Mungkin Ainul Aishah salah faham tentang niat suci teguran tersebut.
Apa kata anda?