Peminat Kecewa, Pelakon Lelaki Ini Kantoi ‘Follow’ Akaun Tak Senonoh

Hiburan

Peminat Kecewa, Pelakon Lelaki Ini Kantoi ‘Follow’ Akaun Tak Senonoh

Pelakon terkenal Korea Selatan, Yeo Jin-goo menjadi tumpuan selepas didapati secara tidak sengaja mengikuti sebuah akaun di laman X yang berkongsi kandungan lucah.

Perkara itu menjadi viral apabila pemilik akaun tersebut memuat naik hantaran yang seolah-olah mengusik tindakan Jin-goo, sekaligus mencetuskan spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial.

Advertisement

yeo jingoo follow akaun lucah

Walau bagaimanapun, Jin-goo segera berhenti mengikuti akaun tersebut setelah menyedari perkara itu, terutama apabila netizen mula mempersoalkan keperibadiannya. Agensinya dan Jin-goo sendiri masih belum memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai isu ini, meskipun ia terus dibincangkan secara meluas.

Sebahagian peminat mempertahankan Jin-goo dengan menyatakan insiden itu mungkin disebabkan kesilapan teknikal. Namun begitu, kontroversi ini tetap menjejaskan sedikit sebanyak imej pelakon tersebut yang selama ini dikenali dengan sikap profesional dan bebas dari sebarang isu negatif.

song jihyo
2025-07-24 11:58:09

“Menggiurkan” - Penampilan Song Jihyo Buat Ramai Tak Berkelip Dalam 'Running Man'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...