March 26th, 2019

‘Boyband’ kegilaan zaman remaja kita iaitu Backstreet Boys yang dianggotai AJ McLean, Howie Dorough, Nick Carter, Kevin Richardson, dan Brian Littrell  bakal membuat kemunculan semula yang lebih gempak dengan mengadakan jelajah dunia Backstreet Boys DNA World Tour.

Mereka akan beraksi di beberapa buah negara di Asia seperti Jepun, China, Taiwan, Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia tetapi memang kecewa sungguh hati ini bila Malaysia nampaknya tiada dalam senarai persembahan mereka. Kali terakhir BSB mengadakan konsert di Malaysia adalah pada tahun 2015.

Memang situasi yang biasa kita hadapi kan? Entah kenapa, nama Malaysia sering tercicir dalam mana-mana konsert dan persembahan antarabangsa.

Sedih, tapi hendak buat macam mana kan? Harap satu hari nanti isu ini dapat diselesaikan, tiada sekatan tertentu untuk artis antarabangsa membuat persembahan di negara kita.


40 responses to “Peminat Kecewa Malaysia Tercicir Dalam Senarai Backstreet Boys DNA Tour”

  1. Dkota says:

    BsB memang cam Tu, klu da famous sombong xnk dtg, bak diorang xfamous ..trus dtg! As a die hard fan of BsB pn Aku sdih to straight fact diorang mmg mcm ne.

  2. I kno tnis web page offers quality depending afticles and otther stuff,
    is there aany other website which provides such stuff in quality?

  3. faraj says:

    Ok lah tu….asyik kumpulan yg kt Barat org2 sana nk campak dlm tong sampah, baru nk Datang Malaysia, pastu Pompuan Malaysia (Bukan Semua ) jumpa jer kumpulan Lapok ni mula lah siap bergambor , pelok segala mcm Tuhan dia, pastu bangga plak Pompuan Malaysia tu, padahal kat Barat mereka dh Geli tgk kumpulan2 Bangka ni……hmmm

  4. Tk says:

    BSB ni zaman 90 an. Sekarang BSB semua dah tua. Peminat pun dah tua tua. Tak per la BSB tak datang. Klu deme datang Nak joget kt konsert pun sakit pinggang dan sakit lutut. Kaki pun dah keras jegang. Tak per kita tenguk youtube waktu deme buat persembahan di Jakarta. bayangkan pak dan mak budak menari ikut rentak lagu BSB …. havoc.

  5. Anonymous says:

    But to be honest, lagu2 BSB byk yg best2. Tak lapuk dek hujan x lekang dek panas. Even though ada yg dah 20 years, tapi masih fresh dengar. Ada beli compilation album depa dulu.

Loading...