Peminat Kecewa Majlis Pelancaran iPhone 9 Hujung Bulan Ini Mungkin Dibatalkan

Teknologi

Peminat Kecewa Majlis Pelancaran iPhone 9 Hujung Bulan Ini Mungkin Dibatalkan

Berita buruk untuk mereka yang menunggu kedatangan iPhone 9 apabila khabar angin mengatakan Apple mungkin akan membatalkan majlis pelancaran tersebut. Oleh kerana hal semasa kini, majlis pelancaran yang dijadualkan pada 31 Mac ini mungkin dibatalkan selepas penularan wabak coronavirus yang semakin membimbangkan.

Baca: Apple Mungkin Akan Menggantikan Warna Midnight Green Dengan Navy Blue Untuk iPhone 12 Pro

Advertisement

Khabar angin tersebut dikuatkan lagi dengan faktor pemilihan lokasi iaitu di Santa Clara County, Silicon Valley yang kini merupakan antara lokasi paling teruk terjejas akibat wabak itu di United States. Tidak mustahil Apple akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan menangguhkan acara itu ke satu masa yang lain.

apple

Maklumat ini telah dikhabarkan sendiri oleh Jon Prosser melalui tweet yang dimuatnaik di Twitter miliknya. Menurutnya, maklumat tersebut diperolehi daripada sumber dalam syarikat Apple sendiri. Notis penangguhan ini juga dilihat sebagai salah satu langkah berjaga-jaga yang perlu diambil pada masa kini.

Setakat ini, Santa Clara County lokasi dimana acara itu sepatutnya berlangsung sudah mencatatkan 32 kes positif wabak tersebut. Mengikut perancangan, Apple akan melancarkan iPhone 9 yang dijangkakan penjualannya pada Jun 2020 ini. Selain daripada model ini, iPhone juga akan melancarkan iPad Pro di dalam acara yang sama.

Pada tahun ini juga, Apple dijangkakan bakal melancarkan enam model terbaru iPhone 12 dengan tiga model rangkaian 5G dan tiga yang lain untuk rangkaian 4G. Walaupun jumlah penggunaan rangkaian 5G di beberapa negara masih lagi rendah, tidak mustahil Apple mahu menjadi yang pertama merealisasikannya.

Artikel berkaitan: Apple Bakal Lancarkan Enam Model Terbaru iPhone 12 Pada Tahun Hadapan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...