Tindakan pelakon Emma Maembong membuka tudung selepas lima tahun berhijan mengundang pelbagai reaksi netizen.
Berita itu cukup mengejutkan dan rata-rata peminatnya merasa kecewa dengan keputusan yang diambil Emma. Mereka menyatakan sudah hilang rasa hormat terhadap artis pujaan mereka itu.
Bagaimanapun, masih ada lagi netizen yang mendoakan baik-baik buat Emma dan berharap satu hari nanti beliau akan diberikan hidayah agar kembali berhijab.
Terdahulu, Emma membuat pengumuman menggemparkan mengakui beliau tidak lagi bertudung sejak tiga hari lalu. Keputusan untuk membuka tudung sudah lama difikirkannya dan tiada berkaitan dengan kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini. Kata Emma, iman beliau tidak begitu kuat dan kecama netizen sebelum ini menyukarkan dirinya untuk terus istiqamah.