Kehangatan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32) kian terasa apabila senarai pencalonan Top 5 diumumkan baru-baru ini.
Namun, agak mengejutkan juga nama pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat tiada langsung dalam mana-mana senarai penuh finalis Top 5, sedangkan dia mempunyai jaktif dalam bidang hiburan dan mempunyai jumlah peminat yang ramai.
Peminat kecewa Ayda tidak tersenarai
dalam mana-mana kategori
Anggap tiada rezeki
Bagaimanapun, Ayda menganggap bukan rezeki untuk dirinya. Meskipun tidak tercalon, dia tetap akan memberi sokongan penuh terhadap acara anugerah berprestij itu.
Ini semua adat pertandingan. Saya anggap tiada rezeki dan akan terus memberikan sokongan kepada penganjuran ABPBH32.
AdvertisementLagipun, prinsip saya bukan mahu kejar trofi tetapi ,mendapatkan karya berkualiti bagi menghiburkan pencinta muzik dan mewarnai industri seni lakon. Itu lebih penting.
Anugerah bukan jaminan artis dapat
terus kekal dalam industri hiburan
Buat Ayda, sesebuah anugerah tidak mampu menjamin seseorang artis itu dapat terus kekal dalam industri seni.
Anugerah bukan tiket untuk berada dalam bidang ini selama-lamanya. Saya pernah menang anugerah tetapi masih perlu berusaha untuk mendapatkan naskhah terbaik serta lagu mesra telinga bagi menambat hati peminat.
Pada tahun ini, pelakon Mira Filzah merupakan artis yang meraih pencalonan terbanyak apabila tercalon dalam tujuh kategori menerusi drama Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan.

Farhan Azizan
August 19, 2019 at 7:23 pm
ELOKLAH TUH
Jonny
August 19, 2019 at 8:30 am
xde AJ, hambar la majlis tahun ni…jom boikot
kelantit
August 19, 2019 at 9:39 am
tak hambar pun. dia bukan nya penyeri. puii
unknown
August 19, 2019 at 10:49 am
pembaris
leez
August 19, 2019 at 8:20 am
Anugerah bukan tiket untuk berada dalam bidang ini selama-lamanya – kata seseorang yang masih bitter sebab lagu tak masuk AJL final. lagipun this yera AJ ni banyak jadi duta produk je. elok la tak tercalon
Anonymous
August 19, 2019 at 8:10 am
‘AJ should do something’
maybe dia patut berhenti gedik?
Rin
August 19, 2019 at 7:29 am
Anugerah cap kaki ayam aje pon…