Kehangatan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32) kian terasa apabila senarai pencalonan Top 5 diumumkan baru-baru ini.
Namun, agak mengejutkan juga nama pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat tiada langsung dalam mana-mana senarai penuh finalis Top 5, sedangkan dia mempunyai jaktif dalam bidang hiburan dan mempunyai jumlah peminat yang ramai.
Peminat kecewa Ayda tidak tersenarai
dalam mana-mana kategori
Anggap tiada rezeki
Bagaimanapun, Ayda menganggap bukan rezeki untuk dirinya. Meskipun tidak tercalon, dia tetap akan memberi sokongan penuh terhadap acara anugerah berprestij itu.
Ini semua adat pertandingan. Saya anggap tiada rezeki dan akan terus memberikan sokongan kepada penganjuran ABPBH32.
Lagipun, prinsip saya bukan mahu kejar trofi tetapi ,mendapatkan karya berkualiti bagi menghiburkan pencinta muzik dan mewarnai industri seni lakon. Itu lebih penting.
Anugerah bukan jaminan artis dapat
terus kekal dalam industri hiburan
Buat Ayda, sesebuah anugerah tidak mampu menjamin seseorang artis itu dapat terus kekal dalam industri seni.
Anugerah bukan tiket untuk berada dalam bidang ini selama-lamanya. Saya pernah menang anugerah tetapi masih perlu berusaha untuk mendapatkan naskhah terbaik serta lagu mesra telinga bagi menambat hati peminat.
Pada tahun ini, pelakon Mira Filzah merupakan artis yang meraih pencalonan terbanyak apabila tercalon dalam tujuh kategori menerusi drama Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan.