Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Peminat Kata Wajah Nampak Pucat Dan Kecut, Kamal Adli Kini Semakin Susut Tubuh Badan

Kamal Adli

Pelakon Kamal Adli yang baru-baru ini menghilangkan diri seketika daripada media sosial telah membuat kemunculan semula bagi mengubati kerinduan peminat.

Kamal AdliSumber : Instagram Kamal Adli  

Namun, peminat rata-rata meluahkan perasaan terkejut kerana melihatkan keadaan Kamal yang kini semakin susut dan pucat, tidak seperti kebiasaannya.

Advertisement

Kamal Adli atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Bin Ahmad Adli,34, mendedahkan bahawa dia telah menjalani tempoh kuarantin kendiri selepas disahkan positif COVID-19. Perkara itu diumumkan Kamal menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

View this post on Instagram

A post shared by K.A (@kamaladli)

“Saya dah kembali, lama hilang sebabkan hari tu positif COVID-19. Lepas tu kuarantin dan sekarang Alhamdullilah dah negatif, syukur.”

Difahamkan pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini kali terakhir mengemaskini akaun Instagramnya pada 4 Januari yang lalu.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by K.A (@kamaladli)

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar kekasih hati kepada pelakon Uqasha Senrose ini kembali sihat dan sembuh sepenuhnya seperti sediakala. Tidak kurang juga yang menegur penampilan Kamal yang kelihatan sedikit cengkung dan pucat serta semakin susut berbanding sebelum ini.

Perkembangan terkini, Kamal Adli akan memulakan penggambaran untuk drama terbaru berjudul Duit tidak lama lagi. Semoga cepat sihat diucapkan buat Kamal Adli!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama