Susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua (PKP 2.0) di seluruh negara pada ketika ini, para petugas keselamatan seperti polis dan tentera telah dikerah untuk memastikan rakyat patuh akan arahan dan segala SOP yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.
Tidak kira hujan atau panas, tugas mengawal dan memastikan keselamatan rakyat tetap juga dilaksanakan tanpa alasan. Sehubungan dengan itu, ramai insan tidak kira golongan masyarakat telah tampil memberi sedikit bantuan seperti makanan dalam menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan ini.
Difahamkan, pelakon Abby Abadi turut tidak ketinggalan untuk membuat amal jariah dengan bersedekah berupa makanan apabila dia memaklumkan ada menghantar sedikit makanan berbentuk sarapan pagi buat para petugas keselamatan yang berkhidmat tidak jauh daripada kawasan perumahannya.
Dia dilihat telah berkongsikan perkara itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya, semalam untuk tatapan peminat.
View this post on Instagram
Menurut Abby, dia terdetik untuk memberi sumbangan tersebut ketika dia ingin keluar membeli sarapan pagi bersama suami.
“Bersedia Berkhidmat. Bersama abang-abang polis dari Balai Polis Wangsa Maju. Yang saya terserempak masa nak pergi beli breakfast pagi tadi. Terus suami @jaiezzany kata beli sekalilah untuk abang-abang polis ni. Kita pun ok. Ingat tak ramai, rupanya dekat 10 orang. Tu baru abang polis, abang askar ada jugak kat situ. Maaf kalau tak cukup, esok lusa ada rezeki kami kongsi rezeki lebih lagi okay. Terima kasih kerana sudi bergambar.”
Dalam pada itu, Abby turut mengucapkan terima kasih kepada para petugas keselamatan kerana sudi bergambar meskipun sedang sibuk menjalankan tugas.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, peminat rata-rata telah memuji tindakan Abby yang baik hati kerana menghargai jasa para ‘frontliners’. Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan Inspektor Aleza sedang membuat ‘spot check‘ gara-gara lakonan Abby dalam drama Gerak Khas The Finale yang popular dalam kalangan peminat drama tempatan.