Peminat K-Drama, Ini 3 Sebab Kenapa Korang Kena Miliki Koleksi Kisses Dari Etude House!

Branded

Peminat K-Drama, Ini 3 Sebab Kenapa Korang Kena Miliki Koleksi Kisses Dari Etude House!

Jenama produk kecantikan Etude House bukanlah satu jenama yang asing dalam kalangan peminat drama Korea Selatan. 

Produk ini selalu membuat ‘kemunculan’ dalam drama dan sering menjadi pilihan jurusolek kerana warnanya yang ceria dan neutral. Sebab tu, kalau korang tengok solekan pelakon dan juga kumpulan idol, nampak sweet dan tak over.

Terbaru Etude House telah berkolaborasi bersama jenama coklat terkenal Hershey’s Kisses dan pelakon yang juga merupakan anggota kumpulan Golden Child, Choi Bo Min telah dipilih sebagai ‘wajah’ bagi produk ni. 

Choi Bomin ‘muka’ baru Etude x Kisses!

Peminat drama dengan kumpulan idol mesti kenal Choi Bo Min ni kan? Alah yang berlakon dalam A-TEEN 2 dan 18 Again tu.

Haa… Kalau korang nak tau, Choi Bo Min telah dipilih sebagai jurucakap terbaru untuk koleksi  Etude House x Hershey’s Kisses tau. Patutlah senyuman Bo Min oppa ni manis je, pakai produk Etude x Kisses rupanya!

Istimewa bulan April ni, kalau korang beli produk Etude x Kisses korang boleh dapat merchandise eksklusif Choi Bo Min tau. Nak tau macam mana? Scroll sampai habis ya!

Etude x Kisses 3 pilihan enak untuk dimiliki

Kalau sebut Hershey’s Kisses mesti terbayang coklat yang enak kan? Macam mana pula kalau alat solek korang mempunyai bau coklat sebenar? 

Kali ni Etude House berkolaborasi dengan Hershey’s Kisses dan hadir dengan tiga pilihan coklat enak iaitu Almond, Milk dan Special Dark untuk eyeshadow palette dan lip tint. 

Teksturnya yang lembut dan bau yang seakan coklat sebenar pasti membuatkan korang ‘lapar’ setiap kali berdandan.

Paling menarik mengenai kolaborasi Etude x Kisses ialah bungkusan bagi produk ini sama dengan coklat Hershey’s Kisses yang dijual di pasaran.

Malah, bekas eyeshadow palettenya juga berbentuk coklat Hershey’s Kisses, ini yang menjadikan Etude x Kisses lebih eksklusif berbanding jenama lain.

Nikmati promosi & miliki barangan eksklusif Choi Bo Min!

Salah satu poster Choi Bo Min yang ditawarkan

Paling korang tunggu semestinya cara nak dapatkan barangan eksklusif Choi Bo Min kan? Mudah saja, korang hanya perlu beli barangan Etude x Kisses sepanjang bulan April ni, dan korang akan dapat poster dan standee Choi Bo Min.

Setiap minggu, terdapat poster dan standee berbeza yang akan ditawarkan, jangan lepaskan peluang korang untuk kumpul kesemuanya!

Koleksi Etude x Kisses boleh didapati di cawangan Etude House yang berdekatan korang atau klik di SINI untuk pembelian secara atas talian.

Bagi pembelian melebihi RM100 secara dalam talian, korang layak untuk mendapat servis penghantaran secara percuma. 

Ahli Etude House pula,  korang boleh mengumpul dan menebus mata ganjaran dengan pembelian Etude x Kisses.

Promosi istimewa Lazada

Siapa yang nak beli Etude x Kisses dengan harga promosi? Sekaranglah masanya!

Selain di kedai rasmi Etude House, Lazada turut menawarkan sesuatu yang istimewa untuk koleksi Kisses ini, iaitu Kit Eksklusif Etude House Hershey’s Kisses Brush Kit Almond Chocolate pada harga RM96 sahaja, selepas 30 peratus diskaun daripada harga sebenar.

Dengan pembelian kit eksklusif ini, korang juga akan dapat poster dan standee Cho Bo Min (1 set) tau!

Bukan itu saja, diskaun 30 peratus turut ditawarkan untuk koleksi Kisses yang lain seperti:

  • Kisses Choco Mousse Tint – RM36.40 (RM52.00)
  • Kisses Play Color Eyes- RM75.00 (RM107.00)

Bagi yang terlepas peluang menjadi 50 orang pertama memiliki Kit Eksklusif yang ditawarkan Lazada, jangan bimbang sebab korang masih berpeluang memiliki standee Choi Bo Min secara PERCUMA dengan sebarang pembelian koleksi Kisses dan sementara stok masih ada.

Etude x Kisses koleksi eksklusif buat peminat K-drama

Dah tau rahsia kecantikan artis Korea? Jangan lepaskan peluang korang untuk miliki koleksi Etude x Kisses ni. Sambil tu, boleh juga kumpul barangan eksklusif Choi Bo Min.

Jom miliki solekan menawan dengan Etude x Kisses. Semua ini untuk masa yang terhad sahaja. Siapa cepat dia dapat!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...