Pelakon yang kini bergelar Datin, Niena Baharun baru-baru ini ada memuat naik foto dirinya yang terkini setelah memasuki trimester yang kedua fasa kehamilan.
Semakin cantik berseri, penampilan Niena yang kini sedang sarat hamil memang cukup menarik perhatian netizen di luar sana.
Memuat naik foto berpakaian baju mengandung rona kuning, dia menulis kapsyen “2nd Trimester”, ringkas.
View this post on Instagram2nd Trimester ?? Maternity Wear from @9months_maternity ?
Meninjau ruangkan komen, ramai peminat yang mengikuti perkembangan rata-rata memuji penampilan pelakon Sayangku Kapten Mukhriz ini yang kelihatan semakin berseri-seri dan ‘glowing’.
AdvertisementMalah, ada juga yang memberi jangkaan bayi yang sedang dikandung Niena ketika ini adalah bayi perempuan.
View this post on InstagramThanks Daddy for the awesome short trip to Penang #cuticutimalaysia #nexttripkemanakahkita
Apa-apapun semoga dipermudahkan urusan kelahiran kelak buat Datin Niena. Sekadar mengimbas kembali, Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga seorang ahli perniagaan, Datuk Aliff Firdaus pada Februari 2018 yang lalu.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.1 Comment
Loading...
Minah
July 21, 2020 at 5:33 am
Untung kahwin dgn dato’ .cantik sentiasa