Tidak dinafikan peminat adalah tulang belakang yang tidak pernah berhenti menyokong bukan sahaja kerjaya pasangan FattZura tetapi kisah percintaan mereka sehingga akhirnya sah bergelar suami dan isteri.
Walaubagaimanapun, Fazura tidak mahu peminat terlalu taksub. Fazura dan Fattah Amin masih lagi mempunyai cara tersendiri dalam bab kerjaya mereka.
Saya menghargai sokongan dan doa-doa peminat terhadap kami. Tapi saya harap peminat sedar yang kami dua individu berbeza apabila masuk bab kerjaya. Tapi sebagai isteri saya akan sentiasa menyokong kerjaya Fattah, seperti mana dia juga menyokong kerjaya saya.
Dalam pada itu, Fazura sekali lagi menafikan beliau dan Fattah mengambil keputusan untuk berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa. Mereka sebenarnya sudah lama merancang perkara baik itu dan janji mereka untuk memberitahu peminat tentang berita pernikahan mereka juga sudah tertunai.