Terbaru, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas tular video dirinya dan ibu YB Syed Saddiq berada di atas pentas bersama-sama.
Bella panggil ibu Syed Saddiq ‘mama’
Perkara yang mencuri perhatian ramai apabila dilihat Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah memanggil ibu Syed Saddiq dengan gelaran ‘mama’.
Dalam video yang tular itu, kelihatan Bella bersama ibu Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz mencipta momen manis apabila mereka dilihat menari bersama-sama di atas pentas.
Ramai peminat teruja, doa kahwin tahun depan
Susulan selebriti tersebut memanggil Mahani dengan gelaran ‘mama’, ramai peminat meluahkan rasa teruja serta yakin dengan andaian mereka bahawa desas-desus mengenai hubungan Bella serta Syed Saddiq adalah benar.
Wedding of the year, kita tunggu tahun depan (2026) la guys, tahun ni ramai dah kahwin.
Mentua (Sharifah Mahani) dan menantu (Bella Astillah) sama cantik.
Sangat penyayang dan Inshallah jadi bakal mentua yang ‘sporting’.
Sekadar info, Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Aliff Aziz, namun bercerai selepas 11 kali dicurangi dan selepas itu, Bella dilihat semakin rapat dengan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.