Sekitar minggu lepas, kita dikejutkan dengan berita dimana pelakon Hanez Suraya dikatakan bakal bercerai dengan suaminya Romie Razin Adilha selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak perempuan Putri Aleesya yang masih lagi kecil dan memerlukan kasih sayang ibu bapanya.
Pelbagai persoalan yang bermain di minda orang ramai kerana Hanez sudah memfailkan tuntutan permohonan fasakh. Namun, menerusi satu kenyataan di akaun Instagramnya, Hanez memberitahu beliau masih bahagia bersama suami dan rumah tangga mereka masih kekal.
Sehingga kini, apa yang berlaku didalam rumah tangga mereka masih menjadi tanda-tanya. Walaubagaimanapun, Hanez nampaknya tidak mahu terus dihimpit gosip berkenaan dan masih terus berkongsi foto bahagia bersama suaminya.
Malah, Hanez juga baru-baru ini memberikan kejutan romantis buat hari jadi suaminya. Melihat foto-foto yang dikongsikan Hanez, peminatnya mendoakan yang terbaik buat rumah tanggan pasangan tersebut.
Alhamdullillah sekiranya masalah yang anda antara mereka dapat diselesaikan. Kami juga sejujurnya mengharapkan agar Hanez Suraya dan Romie Razin terus kekal sehingga ke jannah. Biasalah tu, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.