Penyanyi Elliza Razak mencuri perhatian apabila berkongsi video imbasan gambar lamanya bersama bekas anggota kumpulan Phyne Ballerz, Nine, dari tahun 2004 hingga 2025.
Dalam video itu, Elliza memaparkan gambar-gambar lama mereka sewaktu remaja dan gambar terkini. Dia turut mendedahkan dirinya merupakan peminat tegar Nine sejak usia 17 tahun. “Rambut pun kita follow tau style rebonding. Nah bukti! Siap ambil gambar dulu zaman masih guna kodak lagi ya!” tulis Elliza.
Lebih manis, dia menyatakan impiannya untuk berkolaborasi dengan Nine akhirnya menjadi kenyataan selepas 21 tahun berkawan. “My dream came true!! Tak kusangka!!” katanya lagi.
Perkongsian itu mengundang komen netizen yang mendoakan agar hubungan mereka lebih dari sekadar rakan muzik. “Takpe kan kalau saya doakan korang berdua berjodoh… Amin,” tulis seorang pengguna. Elliza hanya membalas, “Doa yang baik-baik.” Namun, dia menjelaskan hubungan mereka kekal profesional kerana menjalankan bisnes bersama.