Peminat Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Izreen Azminda Hamil Lagi?

Hiburan

Peminat Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Izreen Azminda Hamil Lagi?

Pelakon Izreen Azminda telah mencuri perhatian peminat apabila dia didakwa hamil setelah tubuh badannya agak sedikit membesar seperti kelihatan ‘baby bump’ seperti didakwa pengikut media sosialnya.

Izreen AzmindaSumber : Google  

Dia yang memuat naik sebuah video di laman Instagram (IG) miliknya telah memperlihatkan perutnya sedikit buncit seperti hamil.

Advertisement

Meninjau ruangan komen, ramai peminat telah menyangkakan pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan ini sedang berbadan dua dan ruangan komen hantaran tersebut telah dihujani ucapan tahniah.

Namun begitu, Izreen tidak tampil memberikan sebarang respon dan hanya mendiamkan diri daripada menjawab persoalan peminat.

Terdahulu, Izreen telah mendirikan rumah tangga bersama ahli muzik, Ude Wahid secara rahsia pada 8 Ogos 2019 yang lalu. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...