Penyanyi dan juga pelakon, Elizabeth Tan sekali lagi mencuri perhatian sekali lagi setelah berkahwin secara tertutup dan kini didakwa hamil pula oleh peminatnya.

Ini berikutan ada antara peminat yang mendakwa telah ternampak kemunculan ‘baby bump’ pada perut penyanyi tersebut.
Setelah hampir dua minggu mendirikan rumah tangga difahamkan bersama seorang ahli perniagaa, Elizabeth Tan yang mesra disapa sebagai Lizzy itu tampil menjawab dakwaan peminat.
View this post on Instagram
Dia yang berkongsi foto terbaru bersama pelakon senior Angeline Tan menerusi Instagram telah dihujani ucapan tahniah oleh peminat.
Elizabeth kemudian menafikan dakwaan peminat menerusi IG Storynya untuk pengetahuan peminat.

Terdahulu, Elizabeth Tan telah mendirikan rumah tangga bersama Siew Jim pada 20 Mac lalu setelah bapa penyanyi lagu Knock Knock itu telah mendedahkan gambar perkahwinan Lizzy di laman Facebook sehingga menjadi tular di kalangan peminat.

tecit
April 5, 2021 at 9:19 am
aku geram betol la dgn netizen2 nih. korg ni setiap kali org baru kawen ke org xkawen lg ke nampak sikit bump ckp baby. hanat tau x korg ni hanat. buncit is live buncit is everywhere ok!