Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Peminat Dakwa Macam Ada ‘Baby Bump’, Ini Jawapan Mira Filzah

Mira Filzah

Pelakon popular, Mira Filzah nampaknya telah mencuri perhatian netizen apabila salah satu foto terbaru yang dimuat naiknya di media sosial seolah-olah menampakkan seperti dia sedang hamil.

Mira FilzahSumber : Instagram Mira Filzah  

Penampilan Mira yang memakai baju berona biru itu telah menimbulkan pertanyaan peminat sama ada dia kini sedang hamil anak pertama ataupun sebaliknya.

Advertisement

Ini berikutan Mira seperti mempunyai ‘baby bump‘ di bahagian perut sekaligus membuatkan peminat pelakon drama Sweet Dreams ini teruja seketika menantikan jawapan yang sebenarnya.

View this post on Instagram

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Meninjau ruangan komen foto berkenaan, ramai peminat menyangka dirinya mungkin sedang hamil namun tidak mahu membuatkan peminat tertanya-tanya, Mira Filzah tampil menjawab persoalan salah seorang pengikut melalui komen yang ditinggalkan netizen.

Mira FilzahSumber : Instagram Mira Filzah  

Hanyalah buncit seperti kebiasaan, Mira menjawab ringkas.

Sekadar info, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman telah mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan iaitu Wan Emir Astar yang juga merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) pada 9 September 2020 yang lalu setelah hampir setahun menjalinkan perhubungan cinta.

SUMBER : Instagram Mira Filzah
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    February 12, 2021 at 11:10 pm

    kat mane baby bump die?

Loading...
To Top