Peminat Dakwa ‘Ditipu’, Aina Abdul Jelas Kekeliruan Mengenai Lagu Baharu

Hiburan

Peminat Dakwa ‘Ditipu’, Aina Abdul Jelas Kekeliruan Mengenai Lagu Baharu

Baru-baru ini, penyanyi bersuara lunak Aina Abdul ada mengeluarkan single terbaru berjudul Aina Abdul.

Aina Abdul
3 years ago

Lagu 'Sepi' Dalam Bahasa Korea, Aina Abdul Sedia Terima Kritikan Peminat K-Pop

Advertisement

Yang menariknya, lagu terbarunya itu menggabungkan tiga buah single baladanya iaitu Sumpah, Semalam dan juga Sepi.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Namun, di sebalik keterujaan tersebut, ada juga peminat yang mendakwa mereka ‘ditipu’ memandangkan lagu terbaru Aina itu bukanlah sesuatu yang ‘baru’ secara keseluruhan.

Tampil merungkaikan kekeliruan, Aina menjelaskan bahawa setiap orang mempunyai pendapat mereka yang tersendiri.

Lagu ini juga seperti lagu baharu. Saya juga tak pernah janji kepada sesiapa yang mengatakan saya bakal mengeluarkan lagu baharu. Ada yang ingat saya keluarkan lagu baharu, rupanya tiga lagu lama yang disatukan.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Susunan muzik dalam lagu ini juga adalah susunan baharu dan bagi saya, lagu ini seperti lagu baharu. Tapi saya faham kepada mereka yang tak dapat merasakan ‘hype’ yang sama seperti saya, saya bersedia untuk terima komen sebegini.

Tambah Aina lagi, dia tidak berniat untuk memperdayakan peminat namun dia hanya ingin tampil berbeza serta menyukai akan produk akhir lagu tersebut.

Dalam pada itu, Aina berharap peminat di luar sana sentiasa mendoakan agar dia mampu untuk terus berkarya sehingga ke akhirnya.

Lagu Aina Abdul kini boleh ditonton di laman Youtube dan telah mendapat tontonan hampir 200,000 penonton semenjak ia dimuat nait pada hari Jumaat yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...